Pengasas Tarekat al-Rifa`iyyah : al-Sayyid Ahmad al-Rifa`i ( 512 H – 578 H )

Oleh: Mohd Zulhafizi Salim dan Wan Haslan Khairuddin   ABSTRAK Artikel ini bertujuan membincangkan secara lengkap berkenaan biografi al-Sayyid Ahmad al-Rifa`i dan ketokohan beliau di dalam mengasaskan sebuah tarekat, beliau merupakan salah seorang tokoh tarekat yang terkemuka yang hidup pada kurun ke 5 hijrah. Perkara perkara yang akan dibincangkan di dalam artikel ini adalah latar belakang, pengaruh dan ketokohan beliau…

Read more

SIFAT MANUSIA MENURUT MAWLANA RUMI

Oleh: Bilal Kuşpinar   ABSTRAK “Apakah sifat semula jadi manusia?” adalah soalan menarik yang telah menghasilkan banyak perdebatan sepanjang sejarah manusia dari masa falsafah kuno hingga ke masa sekarang. Soalan yang kelihatan mudah tetapi kompleks ini, walaupun kewujudan banyak kajian dan penyelidikan, masih kekal sebagai masalah penting dan oleh itu masih berterusan menduduki minda-minda kebanyakan pemikir dan saintis seluruh dunia. Manusia…

Read more

KONSEP TASAWUF YANG MUKTABAR DALAM AKIDAH

Oleh: Jahid Sidek   ABSTRAK Makalah ini membahaskan tentang konsep tasawuf yang muktabar dalam akidah. Akidah yang dimaksudkan di sini ialah akidah Ahli al-Sunnah Wa al-Jama’ah (ASWJ). Justeru, tasawuf yang muktabar dari sisi akidah adalah tasawuf yang bebas daripada akidah dan keyakinan yang bercanggah dengan Ahli al-Sunnah Wa al-Jama’ah. Tasawuf adalah kesepaduan di antara aspek-aspek akidah dan syariah yang menatijahkan penghayatan…

Read more

MASALAH PENDIDIKAN ISLAM SEMASA PENJAJAHAN DAN SELEPAS PENJAJAHAN MALAYSIA – ANALISIS BERDASARKAN TANGGAPAN AL-ATTAS TERHADAP ILMU

Oleh: Kushimoto Hiroko   ABSTRACT Tujuan artikel ini adalah untuk mengaji semula sejarah pembelajaran Islam dan hubungannya dengan sistem pendidikan kebangsaan moden di Malaysia untuk mendedahkan asas isu pendidikan masyarakat Islam. Mengaplikasikan kritikan al-Attas terhadap pendidikan moden Islam dan idea-idea kritikan selepas penjajahan terhadap kuasa dibelakang pengeluaran dan pengedaran ilmu, artikel ini mendedahkan sikap pemimpin yang tidak ambil peduli terhadap pandangan…

Read more

ISQAT AL-TADBIR DALAM KITAB TANWIR AL QULUB FI ISQAT TADBIR AL-`UYUB TERJEMAHAN `UTHMAN SHIHAB AL-DIN AL-FUNTIANI

Oleh: Nor Shakirah Azizan and Che Zarrina Sa`ari   ABSTRAK Makalah ini merupakan kajian mengenai konsep isqat al-Tadbir berlandaskan pemikiran ulama Melayu Nusantara iaitu `Uthman Shihab al-Din al-Funtiani. Kajian berbentuk analisis kualitatif deskriptif ini bertujuan mengkaji pemikiran `Uthman Shihab al-Din al-Funtiani mengenai konsep isqat al-tadbir menerusi karya Jawi terjemahannya Tanwir al-Qulub Fi Isqat Tadbir al-`Uyub daripada kitab asal berbahasa Arab oleh…

Read more