TAREKAT TASAWUF BENTENG AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Oleh: Syed Hadzrullathfi bin Syed Omar, Ahmad Najaa bin Mohktar dan Mahyuddin bin Ismail   ABSTRAK Tarekat dalam golongan sufi merujuk kepada suatu bentuk penghayatan khusus yang dipraktis oleh para salik, iaitu orang-orang yang benar hati mereka untuk menuju kepada jalan keredhaan Allah SWT, dengan cara merentasi pelbagai perubahan sifat hati (al-manazil) serta menghiasi diri dengan pelbagai tingkat keyakinan (maqamat al-yaqin)….

Read more

THE UNDERSTANDING OF TAWHĪD IN THE SUFI CLASSICAL PERIOD

By: Sajid Farid Shapoo   ABSTRACT “Tawhīd is expressed as unity and singularity of God. The common understating of Tawhīd as Oneness of Allah and describing him as unique with no partners, has often come in conflict with the monistic understanding held by some Sufis through generations. Sufis developed a doctrine of gnosis (marifah) of an inner experiential knowledge which became…

Read more

PENGERTIAN BAHASA INSAN DAN PERANANNYA DALAM PEMBENTUKAN INSAN RABBANI

Oleh: Saripah Fadhilah Bt Syed Mahmad Hadzari dan Zatun Nithaqin bt Nassruddin   ABSTRAK Gejala sosial dalam kalangan masyarakat terutamanya remaja semakin membimbangkan pada hari ini. Penyalahguanaan dadah, salah laku pelajar, pergaulan bebas semakin berleluasa dan kian meningkat. Manusia semakin hilang arah dalam mengejar kemodenan teknologi dan hilang ketenangan. Mereka mula mencipta pemikiran-pemikiran baru bagi mencapai ketenangan dalam kehidupan seperti liberalisme,…

Read more

Pengamalan Tarekat Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah (TQN) Dalam Tasawuf Sebagai Rawatan Psikospiritual Bagi Penagihan Dadah dan Alkohol

Oleh: Nursyahidah binti Ibrahim, Syed Mohammad Hilmi bin Syed Abd Rahman dan Muhammad Hazim bin Mohd Azhar   ABSTRAK Dadah ialah musuh utama negara dan penagihannya merupakan antara penyakit sosial yang semakin membimbangkan. Oleh itu, pelbagai pendekatan dan inisiatif telah diambil oleh beberapa pihak bagi menyelesaikan masalah ini. Namun, ia masih lagi tidak dapat diatasi, bahkan ramai dalam kalangan bekas…

Read more

BIOGRAFI `UTHMAN SHIHAB AL-DIN AL-FUNTIANI TOKOH PENTERJEMAH NUSANTARA: SATU TINJAUAN AWAL

Oleh: Nor Shakirah Azizan dan Che Zarrina Sa`ari   ABSTRAK Makalah ini merupakan kajian mengenai `Uthman Shihab al-Din alFuntiani seorang tokoh yang berjasa dalam mengembangkan ajaran Islam terutamanya dalam bidang penterjemahan. Namun latar belakang dan sumbangan beliau dalam bidang akademik tidak banyak dikaji. Oleh itu, dengan menggunakan metode pengumpulan data melalui metode perpustakaan dan analisis deskriptif dari data yang diperolehi,…

Read more

KONSEP TAUBAT ABU TALIB AL-MAKKI DALAM PEMBANGUNAN PSIKOLOGI DIRI

Oleh: Che Zarrina Binti Sa’ari, Sharifah Basirah Binti Syed Muhsin dan Mohd Manawi Mohd Akib   ABSTRAK Dalam Islam, unsur psikologi sangat penting kerana ia dapat mewujudkan entiti individu sebagai seorang manusia. Manusia mempunyai dua unsur utama iaitu jiwa dan jasad yang dikenali sebagai makhluk fizikal dan kejiwaan. Justeru manusia juga dijadikan dengan empat unsur psikologi yang menyebabkan lahirnya empat…

Read more

APLIKASI KONSEP AL-TAWHID AL-SHUHUDI OLEH SHAYKH ‘ABD AL-QADIR AL-JILANI DALAM TAFSIR AL-JILANI

Oleh: Shamsul bin Mohd Nor, Mazlan bin Ibrahim dan Faudzinaim bin Badruddin   ABSTRAK Tafsir al-Jilani atau al-Fawatih al-Ilahiyat wa al-Mafatih al-Ghaibiyat al-Muwaddihat lil al-Kalim al-Qur’aniyah wal al-Hikam al-Furqaniyah karya Shaykh ‘Abd al-Qadir al-Jilani adalah sebuah kitab tafsir yang menjadikan disiplin ilmu Tauhid dan Tasawwuf sebagai metodologi asas dalam pentafsiran ayat-ayat al-Quran atau lebih dikenali dengan tafsir al-Ishari. Menurut golongan…

Read more

WACANA PROGRESIF DALAM PEMIKIRAN SUFI MENURUT TOK PULAU MANIS

Oleh: Mohd Hamidi Ismail   ABSTRAK Dari satu sudut pandangan masyarakat, kesufian sering dipalitkan dengan kejumudan. Pandangan sebegini pada dasarnya datang daripada sebuah tanggapan yang berasal daripada kesimpulan mentah tanpa perincian yang cukup terhadap konsep kesufian. Hakikatnya, kesufian memerangi segala kekhumulan yang menyekat pembangunan dan perkembangan insani. Ia menyeru ke arah progresif dengan memaparkan cara gapaiannya yang bersesuaian dan berkesan,…

Read more

BIOGRAFI SYEIKH ISMAIL BIN HAJI MUHAMMAD ARIF AL-RAWI AL-NAQSYABANDI AL-KHALIDI (1850-1926) DI ULU BERNAM, SELANGOR: SATU TINJAUAN AWAL

Oleh: Ahmad Shukri Ghazali dan Mohd Khairul Naim bin Che Nordin   ABSTRAK Makalah ini memperkenalkan tokoh agama dan masyarakat di Ulu Bernam, Selangor iaitu Sheikh Ismail bin Haji Muhammad Arif al-Rawi. Nama beliau diabadikan di masjid antara yang tertua di Selangor iaitu Masjid Sheikh Ismail dan makam beliau terletak bersebelahan dengan makam tokoh masyarakat yang juga penghulu pertama Tanjung…

Read more